Dalam hubungan seksual, sikap saling memahami dan tolak ansur penting kerana jika salah seorang pasangan terlalu mementingkan diri tanpa mempedulikan sama ada pasangannya puas atau tidak, hubungan itu akan menjadi hambar. Justeru, komunikasi penting dan sebagai suami isteri, jangan ada istilah malu untuk memberitahu atau menerangkan apa yang mereka mahu dalam hubungan seksual. Bagaimanapun, anda yang kerap menonton video lucah, jangan terlalu mengharapkan pasangan anda melakukan seperti yang anda lihat, sebaiknya berpijak di bumi nyata.
Di sini diterangkan beberapa panduan yang boleh anda ikuti untuk menyerlah hubungan seksual supaya masing-masing mendapat kepuasan atau dalam istilah perniagaan, menang-menang.
- Cuba tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Anda mungkin boleh membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang tanpa sepatah bicara.
- Biar anda lihat apa yang suami akan lakukan. Adakah dia akan bersabar atau terus menarik anda dalam pelukannya.
- Apabila anda berada dalam dakapan suami, cuba mainkan rambut anda di tubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami.
- Anda boleh memberi hadiah yang boleh diingati suami. Gigitan lembut di leher atau bahagian lain tubuh boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.
Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.
- Dari mata turun ke hati. Begitulah pentingnya aura mata. Apa kata dalam hubungan seksual, anda menatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan. Tidak perlu kata-kata untuk menggambarkan anda kasih dan cinta kepadanya kerana renungan mata sudah menceritakan segala-galanya.
- Lelaki memang suka membelai rambut wanita. Apa kata, dalam hubungan seksual, anda pula membelai rambut suami. Apabila duduk bersama, jangan malu untuk membelai rambut suami.
Belai dengan lembut secara perlahan dengan menggunakan hujung jari, dari dahi sehingga ke belakang leher.
- Hembusan nafas kadangkala boleh menghangatkan hubungan seksual. Jangan malu untuk menghela nafas anda ke telinga suami kerana ia boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.
- Dalam hubungan seksual, elakkan kehangatan menjadi suram kerana anda menyentuh kelemahan pada tubuh suami. Tumpukan kepada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
- Lelaki memang sukakan kejutan. Apa kata sesekali anda memakai pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.
- Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
- Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman di tubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba mengenakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.
- Hubungan seksual ibarat menikmati hidangan kerana anda perlu makan makanan yang berat, jika tidak timbul kebosanan atau hilang selera.
Justeru, sekali sekala, isteri boleh melakukan tindakan yang boleh membuatkan suami menjadi lebih agresif. Apa kata anda menarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

No comments:
Post a Comment